Sunday 7 August 2011

Awak..


Awak,

saya tidak pernah beritahu awak tentang sesuatu perkara yang saya sendiri tidak pasti sebenarnya. awak tahu ke apa perkara yang satu itu?


Awak,

saya bahagia bila awak kembalikan senyuman saya yang hilang itu. buat satu ketika, saya rasa awak akan buat saya tersenyum sampai bila-bila.


Awak,

saya gembira bila awak sentiasa ada untuk saya. bila saya perlukan awak, awak ada untuk saya. hingga saya terfikir, awak akan teman saya sampai akhir nafas saya.


Awak,

semua itu sementara. saya tahu pelangi yang tuhan cipta untuk saya itu indahnya sementara. saya tahu tiada pelangi yang akan kekal disitu. walaupun saya sentiasa berharap tuhan kurniakan pelangi kekal buat saya.


Awak,

saya rasa awak tahu perkara yang satu itu. yang saya sendiri takut. dan awak juga takut. pengalaman lalu mengajar kita perasaan takut itu. tapi awak tahu tak? semua orang layak diberi peluang.


Awak,

terima kasih kerana hadir dalam hidup saya. tidak kisah sama ada ianya sementara, atau selamanya. untuk awak yang saya kasihi, saya hargai awak ada dalam hidup saya ketika ini.

Awak,
saya mendoakan agak bahagia dengan idup awak. saya nak mintak maaf kalau ada sakit or menyusahkan awak, awak tolong maafkan saya yer.
THANKS FOR EVERYTHING..

No comments:

Post a Comment