Thursday 30 June 2011

cebisan hurty :)







kadang-kadang aku cemburu kepada sang mentari,
kerana setiap pagi sang mentari selalu mbangunkan DIA dengan sinarnya,
kadang-kadang aku cemburu kepada sang malam,
kerana setiap kali DIA terlelap,
sang malam slalu menghadirkan bulan dan bintang tuk mnghiasi mimpi ny..
tapi aku lebih cemburu kepada DIA,
yang mampu mlakukan apa saja yang aku tak mampu lakukan tanpa dirinya,
yang boleh mendapatkan apa saja yang aku tidak boleh dapatkan,
tapi itu semua tak pernah surutkan niatku,
dan tidak pernah memusnahkan impianku,
aku mangaku,
aku hampir lelah dan hampir tersungkur letih,
untuk menunggu,
untuk berharap,
untuk bersabar,
dan
untuk menyayanginya.
mungkin betul, aku memang bodoh,
tapi dengan kebodohan inilah aku menyayanginya,
saat DIA tiada di sampingku,
sepi selalu menjadi sahabat setia,
dan saat itu aku hanya boleh memejamkan mata,
cuba untuk hilangkan DIA dari benakku,
tapi,
aku masih berharap agar DIA datang menemaniku didalam mimpi,
saat rindu bertandang di kamar hati,
aku hanya boleh menyampaikan kepada angin,
agar boleh mengatakan kepada nya,
saat malam mlabuhkan tirai,
diriku tidak ubah seperti sang rembulan,
yang menyinari dada langit tanpa bintang,
saat pagi mnjelma,
diriku tidak ubah seperti dedaunan,
yang menitiskann embun tanpa disinari sang mentari,
hari demi hari aku hampir terjatuh dan longlai,
hampir tersungkur di kaki nya,
kecewa memenuhi ruang hati,
adakah ini balasan selepas cintaku dilabuhkan untuk nya?
adakah ini balasan selepas sekian lama berkongsi rasa yang sama?
adakah ini balasan selepas seluruh hati ini milik nya?
dan adakah ini balasan selepas sejuta kesabaran dan kemaafkan diberikan?
hati aku semakin pudar,
semakin tawar,
semakin layu,
kerana kesakitan ini yang DIA berikan setelah hati ini ikhlas menerima nya.
oh bayu,,
tolong sampaikan seluruh rasa jiwa ini kepada nya,
agar DIA tahu betapa aku dulu tulus menyayanginya,
sehingga aku sanggup mengecewakan sekeping hati yang tulus menyayangiku,
sehingga aku sanggup mengecewakan secebis hati seorang yang ikhlas menvintaiku,
yang cuba menyinari hariku,
melimpahi kebahagiaan kepaadaku,
yang sudi menjadi kaki dan tangan untuk diriku,
yang menjadi tangan untuk mengusap air mataku tika diri ini menangis,
yang menjadi kaki yang tidak pernah lelah berjalan menemaniku,
menemaniku ke jalan kebahagiaan,
diri MU tidak pernah peduli siapa pun aku,
diri MU tidak pernah peduli apa orang cakap perihal diri ku,
orang cakap diri MU baik,
tapi bukan kerana kebaikan rasa sayang ini bersemi,
sesungguhnya aku sendiri pun tidak tahu kenapa,
aku merasakan sesuatu yang lain ada pada diri MU,
kerana dirimu mengajar aku sesuatu,
mengajar aku erti keikhlasan,
mengajar aku erti kecintaan,
mengajar aku erti kemaafan,
mengajar aku erti pengorbanan,
mengajar aku erti kasih sayang,
mengajar aku erti rindu,
mengajar aku erti ketakwaan,
dan,
mengajar aku agar taat kepada yang SATU.
yang di atas sana.
dan kerana sesuatu  lah membuatkan rasa sayang,rindu dan cinta makin bercambah untuk diri MU..


snb
batrisya balqis

Wednesday 29 June 2011

Awak..
mungkin saya bukan insan yang terbaik untuk awak...
tapi saya sentiasa cuba menjadi yang terbaik untuk awak..
selagi saya mampu saya akan jaga awak
saya akan care tentang awak 
sampailah saya dah tak mampu lakukan untuk awak lagi..


Awak..
saya betul2 sayangkan awak..
saya betul2 cintakan awak..
tak tahu nak cakap macam mana??
perasaan tue ada dalam hati saya..
hanya Allah saja yang tahu..
saya akan pegang pada janji saya
dan saya akan tunaikan janji saya..


Tapi...
jika saya tak dapat bersama dengan awak
saya hanya mampu berdoa apa yang terbaik untuk awak..
agar awak akan dapat insan yang lebih baik..
insan yang lebih menyayangi awak..
insan yang lebih mencintai awak..

dan paling penting saya nak awak sentiasa bahagia dan gembira..
bila awak senyum comel sangat wajah awak..
tenang hati saya..


Awak..sepanjang kita bersama..
saya sentiasa inginkan yang terbaik untuk awak..
saya cuba jadi insan yang lebih baik untuk awak..
saya usaha sebaik mungkin..
tapi saya hanya mampu merancang..
Allah yang menentukan segalanya..

selepas ini saya redha dengan ketentuan-Nya..
kalau tiada jodoh antara kita.. saya redha awak..

tapi saya nak awak janji, awak akan jaga diri awak baik2 tau dan selalu happy.. OK..andai jodoh kita kuat lagi.. saya akan usaha  untuk menjadi insan yang terbaik di sisi awak..
insya-Allah..

=) MSSNB



muhammad nur iman

Tuesday 28 June 2011

sweet..

26/6/2011 adalah hari memberi seribu makna kepada ku..
x mungkin akan ku lupa kenangan itu...
aku harap ia juga menjadi kenangan untuk mu..
mungkin hanya perkara biasa...
tapi aku rasa sangat bermakna..
aku harap ia akn berulang lagi dan trus berulang..
dan lagi 1 aku arap apa yang aku mimpi tdi akan jadi kenyataan...



Saturday 25 June 2011

persoalan hidup...

Malam...
jiwa sedikit tenang dengan suasana malam yang memberi sejuta makna dan ketenangan..
menghadap dihadapan laptop dengan hasrat untuk mencoret sesuatu dari hati tetapi.......
tangan tidak tertulis apa yang diulang sebut oleh sang hati.
Aku jenis owang yang suka bermain dialog dengan hati,
dan adakala aku membuat keputusan dibantu oleh sang hati.
ini kerana aku lebih berkomunikasi dengan sang hati berbanding owang.
aku akan rasa lebih selesa dan tenang bila berinteraksi dengan hati
kerana hati aku, hanya aku yang tahu.....

Malam semakin larut..
Segala persoalan dan permasalahan, aku bersoal jawab dengan diri sendiri
mampukah aku menberi segalanya dengan sempurna??
adakah aku berdaya mengarungi kesulitan dan kuat melawan badai,
sedangkan aku sering kali terjatuh dan nyaris termangu lalu menangis.
Manusia sekeliling melihat aku manusia yang tabah dan kuat,
bisa saja membuat insan lain tersenyum dan senang di sisiku.
Nyatanya luka dan calar hati ini, aku tangisi sendiri, merawat
dan memulih dengan keupayaan sendiri..

Jika dahulu aku persoalkan takdir dan mengapa hidup ini terlalu sulit
tetapi DIA MAHA PENYAYANG, mengajar dan memberi aku jawapan,
mengapa DIA memberi nikmat ini kepada aku.
Aku bersyukur dan merasai hidup semakin lapang dan ada rasa manis kebahgiaan
apabila aku mula bersyukur, memaafkan, redha dan terus meniti masa hadapan
dengan seribu harapan dan tawakal setelah usaha.
Arghh, cara DIA mengajar aku mengenal erti kehidupan,
Sangat manis dan penuh hikmah agar aku merasai kasih sayangNYA..

Aku masih bermain dengan persoalan, adakah aku harus berhenti dan berasa cukup
setelah semua tanggungjawab ini dapat disempurnakan beberapa tahun akan datang??
Jika berhenti di satu titik, adakah kembara hidup ini sudah pada penghujung atau
aku hanya melepaskan nikmat dan kemanisan hidup??
Apa pula matlamat jika aku mahu menyahut cabaran seterusnya??
masih kabur segalanya.....

Masa hadapan terlalu jauh untuk diramal dan dibenkung laluannya,
apakah bulan akan tetap bersinar atau bakal malap
setelah cahayanya diserap pergi??
Tawakal tetap prinsip diri setelah usaha.
ALLAh saja yang MAHA MENGATAHUI.....


Friday 24 June 2011

YAKIN..

1. Saya daa ter`jatuh’ hati kat die laa… camno ni?

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”.
Surah An-Nur: 32
"Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”.
Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas
“Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”.
Riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar

2. Aiyaak, tapikan saya x cukup duit laaaa nak
kawin..huhuhu

“Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya”.
Surah An-Nur : 33
Rasulullah S.A.W bersabda :
“Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekelian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu”.

3. Memang saya xcukup duit / xmampu nak kahwin,
tapi kalau saya diam je, nanti kena “kebas” lak ngn
org lain.…melepas arr saya nanti T_T

Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa."
Surah Al-A’raf : 128
“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”
Surah Al-Hajj : 40
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.
Surah Al Insyirah : 5-6
Dikisahkan ketika tiba musim untuk memetik buah tamar, para sahabat r.a tidak sempat untuk memetik buah tamar kerana panggilan jihad daripada Rasulullah S.A.W. Lantaran itu, mereka meninggalkan kebun tamar mereka tanpa dipetik. Setelah berbulan mereka pergi berjihad, alangkah gembiranya hati mereka kerana Allah S.W.T masih lagi memelihara buah tamar mereka seolah-olah mereka meninggalkan kebun mereka semalaman.
Jika tentang kisah tamar Allah mampu memelihara, bagaimana pula tentang orang yang kita minat? Bertaqwa kepada-Nya, nescaya Allah juga mampu pelihara dia untuk dijadikan dia sbg jodoh kamu.. 

4. Tapi saya daa syok abes kat dia.. I can’t live
without him/her..

“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.
Surah An-Nur : 30
“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”.
Surah Al-Jatsiyah : 18
“Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”.
Riwayat Bukhari

5. Ala.. saya bercinta bukan selalu pon dapat jumpa
dia.. dia duduk jauh.. kite orang xpernah pon
berdua2an…

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”.
Surah Al-Isra : 32
“Pandangan adalah panah beracun dari panah-panah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat”.
Musnad Ahmad
“Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”.
Riwayat Bukhari Muslim

6. Tapi saya bukan hensem/ lawa mana pun, saya
pun risau saya xde jodoh.. saya rasa cuma dia
seorang je yang boleh terima saya..

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”.
Surah Yasin : 36
“Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi”.
Surah Az-Zukhruf : 12
“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang”.
Surah Ar-Rum : 21


7. Rasa macam susah jek nak cari jodoh.. give up
lah saya camni!

Abdullah Ibnu Mas’ud pernah berkata :
“Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang ku sukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang”.
Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda :
“Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”.
Riwayat Ibnu Majah.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”.
Riwayat Abu Mansur Al-Dailami


Cinta itu fitrah manusia, tapi jangan dijadikan ianya alasan untuk kita bercinta tanpa batasan. Kalau mampu, segera lah berkahwin… lepas kahwin nak layan sangat perasaan cintan tuh tiada siapa nak halang..Kalau x mampu, tiada cara lain, didiklah diri agar nafsu tidak mempengaruhi diri ini.. berdoalah kepadaNya dan pintalah, kerana sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik tempat meminta pertolongan.. 

Tidak dinafikan, memang sedih tidak dapat bersama orang yang kita cintai / cinta tak berbalas, tapi lagi malang jika Allah tidak menyintai kita sebagaimana Allah menyintai para hamba-Nya yang bertaqwa. Silap2 kita masuk Neraka-Nya dek kerana cinta nafsu kita!
Jika kita menjaga hubungan dan menolong agama Allah, PASTI dan PASTI Allah jadikan dunia tunduk pada kita..ingatlah, ’bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor’…

setakat ini sahaja..semoga kita memperoleh sesuatu hari ini, dan mampu membentuk benteng kesedaran dalam diri kita semua agar menjadi dapat mendidik diri ke arah mendapat keredhaan dariNya..InsyaAllah.





Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA
selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……
Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……Kerana apabila ia mulai RETAK ….
tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……
Jika kamu sedang memiliki seseorang….TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN ….
tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……?
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……?
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……?
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN
kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna,
sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang
dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …
kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah akan tumbuh,
yang hilang akan berganti,
namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang telah pergi”



Assalam....

Hari nie saya nak kongsi sesuatu..
Tentang CINTA..
Bagi saya cinta tu bukan sekadar saya suka awak, dan awak suka saya.. 
Sebenarnya cinta tu lebih dari itu dan lebih mendalam lagi…
Dalam menjalani hidup harian, kita xdapat pisahkan hidup kita dgn cinta kan...??
jarang sekali, kebanyakkan mesti menemui CINTA..
Cinta tu indah jika ia berada di jalan yg benar…
Selalu saya terbaca ayat…
 Cinta kepada bunga, Bunga akan layu Cinta kepada manusia, Manusia akan Mati..
 dan CINTA kepada ALLAH akan kekal abadi 
Sesungguhnya..
ALLAH adalah Pencipta dan pembuka RASA CINTA kepada hamba – hambaNya…
Hanya ALLAH yang bisa membuka dan menutupkan RASA CINTA itu kepada Hamba ciptaanNya atas kehendakNya...
Saya mula terfikir..
Mungkin sebab tu la ada orang x pernah kenal pun, bila mereka bertemu jodoh..mereka boleh kekal sehingga ke akhir hayat…kan??
Sebab ALLAH telah hadirkan rasa cinta dalam hati mereka…
Walaupun xpernah jumpa sblm ni… 
namun bila bertemu jodoh mereka saling menyintai kerana ALLAH…
SUBHANALLAH…indah kan cinta selepas ijabkabul tu??
BAHAGIANYA...
Tapi kadang2 sebagai manusia kita x dapat lari dengan ujian cinta...
Sebagai makhluk tuhan yang lemah adakalanya kita tidak mampu untuk memadamkan rasa cinta sesama makhluk..
Sbb tu la kita kena berhati-hatilah dalam menikmati anugerah cinta supaya ia tidak menjadi dusta..
Berapa lama pun kita mengenali seseorg yg kita cintai..
pastinya tidak selama kita mengenali pencipta kita, ALLAH..
Ingatlah..
Jika manusia menyayangimu, ketahuilah bahawa terkumpulnya cinta seluruh manusia di bumi ini tidak akan pernah menandingi cinta Allah terhadapmu..
Betapa cintaNya ALLAH kpd hamba-hamba-Nya…

Cinta itu kurniaan yang  indah oleh Allah. Tapi, jangan rosakkan cinta itu dengan kelalaian hati dalam mempertimbangkan antara yang abadi dan bersifat sementara. Cinta manusia tu cuma sementara, tp CINTA ALLAH CINTA ABADI…

Semoga cinta kita kepada seseorg itu mendorong kita ke syurga…DAN terasa indahnya andai kita dan org yg kita cintai itu dpt bercinta lg di SYURGA… :)

Cinta yang ikhlas itu tidak perlu dibicarakan, dirasa dan dinukilkan… 
Biarlah hanya ALLAH sahaja yg tahu betapa kita menyayangi dan menyintai seseorg…

Semoga akan tiba 1 saat yg tepat…lafaz ijabkabul mendahului ungkapan cinta “seseorg itu” kepada kita…

Akhir kalam..
.. Andai ku terasa bangga Ingatkan aku siapa PENCIPTAKU.. Andai aku terleka Ingatkan aku bahawa DIA memerhatikanku setiap saat.. Di saat aku jatuh cinta, Ingatkan aku dimana cinta ALLAH yang ku cari.. Andai aku bersedih, Ingatkan aku bahawa ALLAH bersama orang-orang yang bersabar..

Ya Rabbi...
Kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya...
Resapkan rinduku pada rindunya...
Mekarkan cintaku bersama cintanya...
Satukan hidupku dan hidupnya...

....Dalam cinta-Mu...

...Kerna...
Cintaku padanya, dari-Mu.
Cintaku padanya, oleh-Mu.
Cintaku padanya, untuk-Mu.
Cintaku padanya, kerana-Mu.

...Wallahua’lam…

MSSNB

Thursday 23 June 2011

:'(





setiap pertemuan pasti ada perpisahan..
pasti...
dan amat pasti...
cuma kita tidak tau entah bila..
jangan meratapi dengan setiap perpisahan..
jangan menangis dengan setiap pengakhiran..
jangan lesu dan lemah dengan setiap kedukaan..
kerna,,
mungkin dan pasti satu hari nanti ada pertemuan kembali..
tidak di alam fana,,mungkin di atas sana...
hati kita berkongsi rasa yang sama..
tetapi tiada kata yang pasti untuk mengikat kita bersama..
ingin hati ini ku lepaskan
'pergilah sayang,,,pergi dan jangan berpaling,,ada jodoh pasti aku ada untukmu,,,'
tapi,,
jangan pernah engkau lupa...
hatiku ini pernah terpahat namamu..
kepala ini pernah terlukis memori bersamamu...
jiwa ini pernah bahagia denganmu...
mata ini pernah mengalirkan airmata keranamu...
walau kita jauh beribu batu....
walau kita terpisah antara jasad dan roh..
ingat syg,,
jiwa kita pernah hidup dan berdenyut bersama..
jiwa aku sentiasa bersama dengan jiwamu..
dan 
ingatlah,,,
ada dirimu maka adalah aku..


ikhlas,
syg :)