AsSalam..
x dak siape memilih utk kecewa,namun ia dtg tanpa diduga.. Sperti bayu, ia hadir tnpa amaran, tnpa warna,tnpa bau...ade bayu yg dtg sehabis lalu,ade pula dtg dengan tanda bahawa taufan bakal melanda..
Kecewa dlm meniti perjalanan hidup adalah merupakan satu ujian dan dugaan yang perlu ditempuh.. Ia mengajar utk menjadikan kita lebih tabah dan menerima segala ketentuan dengan redha dan rasa berserah..Keputusan peperiksaan yang hampa,tidak berjaya dlm temuduga,gagal dalam bercinta,atau tidak dpt menjadi apa yang kita idamakn, semuanya itu merupakan satu ujian yang didatangkan untuk menguji,bukan menghukum,tetapi buat menilai sejauh mana kita menyedari yang kita ini sentiasa bersyukur..
Ade masa,kita perlu diingatkan tentang tujuan sebenar,tujuan asal sesuatu perkara..Bila terlalu ghairah akan sesuatu,kita terlupa untuk melihat sesuatu dari perspektif yang sepatutnya.. Kita suka sangat mengambil jalan negatif sebagai pilihan untuk melepaskan geram dan kekecewaan tanpa memikir panjang...
Kecewa x bermakna kecundang.. Ia cuma pernyataan emosi yang biasanya hadir bila kita gagal mencapai sesuatu pada kala itu, bukan untuk selamanya. Buka mata, buka hati..masih banyak jalan yang boleh ditempuhi.... Gunakan apa saja yang ada untuk membantu anda memilih jalan yang betul, jangan terlalu degil untuk menerima pendapat orang lain,kerana ada kala pendapat orang lain itu lebih baik dari pendapat sendiri....
No comments:
Post a Comment