Monday, 20 June 2011

syukur....


Bersyukurlah tatkala kita mendapat ujian, kerana itu tandanya Allah mengasihi kita. Allah hendak menguji tahap keimanan kita kerana sudah lumrah manusia, apabila dalam kesusahan dan kesempitan, kita lebih mengingati Allah. Allah memilih kita, sedangkan ramai lagi manusia yang Allah biarkan. Jika kita diuji dengan cinta manusia, bersabarlah. 

Lihat sekelilingmu, berapa manusia yang Allah tidak peduli? Dibiarkan mereka dalam kesesatan. Ditambahkan lagi kesesatan. Sesuatu yang belum kita lupakan itu harus segera dilipat dalam kotak memori paling jauh. Buangkan kesedihan dan binalah kebahagiaan. Tidak perlu mengingati perkara yang tidak patut diingati jika ianya pernah merosak diri.


p/s: Ramai manusia yang tidak sedar yang Allah sangat kasih dan sayang kepada kita, lalu diberikan ujian supaya kita tersedar dari lamunan mimpi dunia. 

Tersesat sebentar kemudian diluruskan kembali di jalan-Nya. Itu tanda Allah sangat sayang kepada kita.

dalam Al Quran menyatakan :
" Allah tak kan mengubah nasib seseorang.. melainkan kite yang mengubah nasib kite sendiri.. ^^"

InsyaAllah... bagaimana nasib kite.. kite yang kene berusaha..

kite sendiri akan tentukan hidup kita..
Jangan kita takut untuk mengubah kerana kita masih ada Allah...
pecaya pada diri sendiri dan yakin kita mampu mengubahnya...
jangan kita yang merana dihari kelak...






No comments:

Post a Comment