Assalam....
Hari nie saya nak kongsi sesuatu..
Tentang CINTA..
Bagi saya cinta tu bukan sekadar saya suka awak, dan awak suka saya..
Sebenarnya cinta tu lebih dari itu dan lebih mendalam lagi…
Dalam menjalani hidup harian, kita xdapat pisahkan hidup kita dgn cinta kan...??
jarang sekali, kebanyakkan mesti menemui CINTA..
Cinta tu indah jika ia berada di jalan yg benar…
Selalu saya terbaca ayat…
“ Cinta kepada bunga, Bunga akan layu , Cinta kepada manusia, Manusia akan Mati..
♥ dan CINTA kepada ALLAH akan kekal abadi ♥…
Sesungguhnya..
ALLAH adalah Pencipta dan pembuka RASA CINTA kepada hamba – hambaNya…
Hanya ALLAH yang bisa membuka dan menutupkan RASA CINTA itu kepada Hamba ciptaanNya atas kehendakNya...
Saya mula terfikir..
Mungkin sebab tu la ada orang x pernah kenal pun, bila mereka bertemu jodoh..mereka boleh kekal sehingga ke akhir hayat…kan??
Sebab ALLAH telah hadirkan rasa cinta dalam hati mereka…
Walaupun xpernah jumpa sblm ni…
namun bila bertemu jodoh mereka saling menyintai kerana ALLAH…
SUBHANALLAH…indah kan cinta selepas ijabkabul tu??
BAHAGIANYA...
Tapi kadang2 sebagai manusia kita x dapat lari dengan ujian cinta...
Sebagai makhluk tuhan yang lemah adakalanya kita tidak mampu untuk memadamkan rasa cinta sesama makhluk..
Sbb tu la kita kena berhati-hatilah dalam menikmati anugerah cinta supaya ia tidak menjadi dusta..
Berapa lama pun kita mengenali seseorg yg kita cintai..
pastinya tidak selama kita mengenali pencipta kita, ALLAH..
Ingatlah..
Jika manusia menyayangimu, ketahuilah bahawa terkumpulnya cinta seluruh manusia di bumi ini tidak akan pernah menandingi cinta Allah terhadapmu..
Betapa cintaNya ALLAH kpd hamba-hamba-Nya…
Cinta itu kurniaan yang indah oleh Allah. Tapi, jangan rosakkan cinta itu dengan kelalaian hati dalam mempertimbangkan antara yang abadi dan bersifat sementara. Cinta manusia tu cuma sementara, tp CINTA ALLAH CINTA ABADI…
Semoga cinta kita kepada seseorg itu mendorong kita ke syurga…DAN terasa indahnya andai kita dan org yg kita cintai itu dpt bercinta lg di SYURGA… :)
Cinta yang ikhlas itu tidak perlu dibicarakan, dirasa dan dinukilkan…
Biarlah hanya ALLAH sahaja yg tahu betapa kita menyayangi dan menyintai seseorg…
Semoga akan tiba 1 saat yg tepat…lafaz ijabkabul mendahului ungkapan cinta “seseorg itu” kepada kita…
Akhir kalam..
.. Andai ku terasa bangga Ingatkan aku siapa PENCIPTAKU.. Andai aku terleka Ingatkan aku bahawa DIA memerhatikanku setiap saat.. Di saat aku jatuh cinta, Ingatkan aku dimana cinta ALLAH yang ku cari.. Andai aku bersedih, Ingatkan aku bahawa ALLAH bersama orang-orang yang bersabar..
Ya Rabbi...
Kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya...
Resapkan rinduku pada rindunya...
Mekarkan cintaku bersama cintanya...
Satukan hidupku dan hidupnya...
....Dalam cinta-Mu...
...Kerna...
Cintaku padanya, dari-Mu.
Cintaku padanya, oleh-Mu.
Cintaku padanya, untuk-Mu.
Cintaku padanya, kerana-Mu.
...Wallahua’lam…
MSSNB
No comments:
Post a Comment