Thursday 30 June 2011

cebisan hurty :)







kadang-kadang aku cemburu kepada sang mentari,
kerana setiap pagi sang mentari selalu mbangunkan DIA dengan sinarnya,
kadang-kadang aku cemburu kepada sang malam,
kerana setiap kali DIA terlelap,
sang malam slalu menghadirkan bulan dan bintang tuk mnghiasi mimpi ny..
tapi aku lebih cemburu kepada DIA,
yang mampu mlakukan apa saja yang aku tak mampu lakukan tanpa dirinya,
yang boleh mendapatkan apa saja yang aku tidak boleh dapatkan,
tapi itu semua tak pernah surutkan niatku,
dan tidak pernah memusnahkan impianku,
aku mangaku,
aku hampir lelah dan hampir tersungkur letih,
untuk menunggu,
untuk berharap,
untuk bersabar,
dan
untuk menyayanginya.
mungkin betul, aku memang bodoh,
tapi dengan kebodohan inilah aku menyayanginya,
saat DIA tiada di sampingku,
sepi selalu menjadi sahabat setia,
dan saat itu aku hanya boleh memejamkan mata,
cuba untuk hilangkan DIA dari benakku,
tapi,
aku masih berharap agar DIA datang menemaniku didalam mimpi,
saat rindu bertandang di kamar hati,
aku hanya boleh menyampaikan kepada angin,
agar boleh mengatakan kepada nya,
saat malam mlabuhkan tirai,
diriku tidak ubah seperti sang rembulan,
yang menyinari dada langit tanpa bintang,
saat pagi mnjelma,
diriku tidak ubah seperti dedaunan,
yang menitiskann embun tanpa disinari sang mentari,
hari demi hari aku hampir terjatuh dan longlai,
hampir tersungkur di kaki nya,
kecewa memenuhi ruang hati,
adakah ini balasan selepas cintaku dilabuhkan untuk nya?
adakah ini balasan selepas sekian lama berkongsi rasa yang sama?
adakah ini balasan selepas seluruh hati ini milik nya?
dan adakah ini balasan selepas sejuta kesabaran dan kemaafkan diberikan?
hati aku semakin pudar,
semakin tawar,
semakin layu,
kerana kesakitan ini yang DIA berikan setelah hati ini ikhlas menerima nya.
oh bayu,,
tolong sampaikan seluruh rasa jiwa ini kepada nya,
agar DIA tahu betapa aku dulu tulus menyayanginya,
sehingga aku sanggup mengecewakan sekeping hati yang tulus menyayangiku,
sehingga aku sanggup mengecewakan secebis hati seorang yang ikhlas menvintaiku,
yang cuba menyinari hariku,
melimpahi kebahagiaan kepaadaku,
yang sudi menjadi kaki dan tangan untuk diriku,
yang menjadi tangan untuk mengusap air mataku tika diri ini menangis,
yang menjadi kaki yang tidak pernah lelah berjalan menemaniku,
menemaniku ke jalan kebahagiaan,
diri MU tidak pernah peduli siapa pun aku,
diri MU tidak pernah peduli apa orang cakap perihal diri ku,
orang cakap diri MU baik,
tapi bukan kerana kebaikan rasa sayang ini bersemi,
sesungguhnya aku sendiri pun tidak tahu kenapa,
aku merasakan sesuatu yang lain ada pada diri MU,
kerana dirimu mengajar aku sesuatu,
mengajar aku erti keikhlasan,
mengajar aku erti kecintaan,
mengajar aku erti kemaafan,
mengajar aku erti pengorbanan,
mengajar aku erti kasih sayang,
mengajar aku erti rindu,
mengajar aku erti ketakwaan,
dan,
mengajar aku agar taat kepada yang SATU.
yang di atas sana.
dan kerana sesuatu  lah membuatkan rasa sayang,rindu dan cinta makin bercambah untuk diri MU..


snb
batrisya balqis

No comments:

Post a Comment