Di kesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1430H kepada semua pembaca blog ini, teman-teman yang dikasihi dan kepada semua umat Islam di seluruh dunia.
Jika saya ada tersalah bahasa, terlanjur kata dan apa jua jenis kesalahan, saya memohon kemaafan. Semoga kita kembali kepada fitrah manusia yang baik-baik bersempena dengan hari raya fitrah ini seperti bermaaf-maafan di antara satu sama lain. Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Bagi kawan-kawan seblog,setingkat,serumah dan sekelas :
Kita berjumpa lagi selepas hari raya nanti. Lupakan kerja dahulu dan ambillah peluang dan masa yang ada untuk mengeratkan hubungan dengan keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Hari raya lah antara hari yang sesuai untuk bertemu dengan mereka yang amat jarang kita bersua muka.
Selamat bergembira bersama orang yang tersayang...
MOGA KALI INI LEBIH MERIAH DARI RAYA2 SEBELUM INI....
No comments:
Post a Comment